Tuesday, October 12, 2010

PTPTN: Potong gaji mulai Jun 2011

Oleh ALI MAHMOOD
TEMERLOH 19 Sept. – Mulai Jun tahun depan, semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said menegaskan, hanya dengan cara itu pihaknya dapat mengutip semula hutang daripada lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya.

Katanya, PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini, hari ini.

Menurut Ismail, PTPTN akan menunggu keputusan kerajaan sebelum melaksanakan skim potongan gaji peminjam bagi mengutip semula pinjaman tabung tersebut.

Kata beliau, PTPTN juga mengambil kira pelbagai perkara supaya tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian pada masa depan.

Beliau berkata, pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, sejak 1997 sehingga Julai lalu, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan iaitu RM35 bilion.

‘‘Sepatutnya Julai lalu kita berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada RM23 bilion itu namun setakat ini, kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam yang liat membayar semula pinjaman.

‘‘Daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman,” katanya.

Menurut Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam.

HOI SEMUA PEMINJAM PTPTN JANGAN BAYAR SAMPAI SKIM NI DILULUSKAN..HAHA 

Tapi aku tak la sekejam tu tak bayar langsung. Cume bayar pada kadar termampu. Takpe tak lama lagi aku mampu langsaikan semuanya sebelum skim tu diluluskan. INSYA'ALLAH..Amin

Wednesday, February 17, 2010

Mahu diri anda dilindungi (berserta medical card*) dalam pada masa yang sama anda mempunyai tabung simpanan. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Dengan aplikasi Illustrasi Pelan V2.0 anda akan mengetahui pelan polisi anda dengan mudah dan bersesuaian dengan kemampuan dan perlindungan serta simpanan yang anda inginkan. Saya akan menyediakan pelan tersebut pada anda dengan PERCUMA.

ILUSTRASI PELAN MESRA



Di bawah adalah contoh ilustrasi pelan mesra di mana ia menunjukkan beberapa perkara penting dalam takaful. Polisi Etiqa takaful adalah sangat mesra pelanggan di mana pelan takaful boleh di beri mengikut kesesuaian pelanggan.

ILUSTRASI PELAN 

Nama: Md Suhaimi Mohd Zohor
Jantina: Lelaki
Tarikh lahir: 10/07/1984
Umur HJAD: 25 tahun
Pekerjaan: Eksekutif Pelatih
Gaji tahunan: RM 24,000.00
Nama pelan: Mesra
Kekerapan bayaran: Bulanan
Tempoh bayaran hingga umur: 43 tahun
Kadar mudharabah: 5.5%
Manfaat: RM 50,000.00
Tempoh: 18 tahun
Sumbangan bulanan:RM 115.46
Pilihan kemasukan: Manfaat Pelan Asas


Jenis Manfaat
Manfaat (RM)
Tempoh (Tahun)
Sumbangan bulanan
Accidental Death & Disability Rider (ADDB)/ Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan(MKKAK)
10,000.00
18
1.23
Accidental Imdemnity Rider (AIR)/ Manfaat Indemniti Akibat Kemalangan(MIAK)
10,000.00
18
3.75
Critical Illness Rider (CIR)/ Manfaat Penyakit Kritikal(MPK)
10,000.00
18
5.72
Hospital Benefit Rider (HBR)/ Manfaat Hospital(MH)
50.00
18
5.42
Term Rider(TR), Manfaat Bertempoh(MB)
10,000.00
18
2.69
Takaful MedicSave Rider Plan 6/Manfaat Takaful MedicSave Pelan 6
100.00
18
38.78
Total (Rider only)/ Jumlah (Rider sahaja)


58.59
Total (Basic + Rider)/ Jumlah (Asas + Rider)


115.46